Jumaat, 27 Mei 2016

SELAWAT MURAH REZEKI AL-FATIH


Assalamualaikum untuk anda semua..

Apabila kita membaca satu selawat maka Allah akan membalas 10 kali selawat kepada kita. Ganjaran 10 kali ganda pahala. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah dan Pengasih kepada hamba-hamba-Nya

Terdapat pelbagai jenis selawat. Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan anda dan amalkan secara istiqomah. Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan banyak tapi jarang-jarang dibuat.

Diatas adalah Selawat Al-Fatih yang menjadi amalan Sheikh Abdul Qadir Jailani. Lakukan sebagai amalan seharian. Insya-Allah akan banyak keajaiban akan muncul di dalam hidup anda. Ingat! amalkan dengan ikhlas tanpa mengharap balasan.

Tip amalan selawat murah rezeki :
  • Hadiahkan pahala Al-Fatehah kepada ibu bapa.
  • Pastikan anda bersih dari hadas besar dan kecil.
  • Sebaiknya beristigfar dahulu sebanyak mungkin.
  • Baca atau hafal Selawat Al-Fatih.
  • Baca dengan khusuk sehingga meresap ke jiwa.
  • Tidak perlu kira tetapi jiwai setiap baris kata.
  • Istiqomah dan konsisten.
  • Ikhlas.
 Moga kita dapat beramal sedikit sebanyak dengan istiqomah. Biar amalan kita kecil tetapi besar di sisi Allah.